Friday 26 April 2013

Oh Tuhan,..."Ampunkan Aku"

Semua manusia selain daripada para nabi pernah melakukan dosa. Tidak kiralah kecil mahupun besar. Semua tu tak penting,,ape yang penting adalah kita segera bertaubat dengan bersungguh-sungguh.. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Sementara masa yang ada ni,sy seru kepada diri saya sendiri supaya bertaubat..Sementara masih hidup di dunia yang sementara ini...

Rasulullah telah bersabda: Penghulu segala istighfar adalah :

اَللّهُمَّ اَنْتَ رَبِّىْ لَاْ اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَاْ عَبْدُ كَ وَأنَا عَلَىْ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَاْ اسْتَطَعْتُ؛ أَعُوْذْبِكَ مِنْ شَرِّ مَاْ صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ، فَاغْفِرْلِىْ فَاِنَّهُ لَاْ يَغْفِرُ الذُنُوْبَ اِلّا اَنْتَ .................



TERAMPUNKAH DOSA_DOSAKU YANG BANYAK ....
....Terasa Betapa Kerdilnya Diriku Ini Padamu Tuhan...

Ada insan yang berkata : Aku ingin bertaubat tetapi aku merasakan bahawa dosaku terlalu banyak ,aku telah membuat berbagai jenis maksiat dan berbagai perkara keburukkan dan aku tidak tahu apa mungkinkah aku ini dapat diampuni oleh Allah terhadap perkara-perkara mungkar yang telah aku lakukan terdahulu??
Jawabku : Wahai saudaraku yang mulia…ini bukanlah suatu masalah yang hanya terjadi padamu bahkan ianya merupakan masalah yang sememangnya sering dihadapi oleh kebanyakkan insan-insan yang ingin bertaubat,sebagai contohnya aku pernah di adukan pengakuan tentang seorang pemuda yang telah memulai kerja jahatnya ketika di usianya yang sangat muda iaitu lebih kurang berumur 15-17 tahun,dan dia mengaku bahawa dia telah melakukan berbagai jenis dosa yang kecil dan yang besar dan juga telah melakukan perbuatan yang keji dengan ramai perempuan yang berlainan bangsa dan warna kulitnya samada perempuan yang sudah berkahwin,anak dara atau dewasa sehinggakan kepada kanak-kanak perempuan yang kecil!! Dia juga mengaku telah melakukan beberapa siri pencurian,dia pernah berkata kepadaku : Sesungguhnya aku telah bertaubat kepada Allah Azza Wa Jalla,aku telah mulai bersolat taubat dan bertahajjud di kala manusia lainya sedang lena diulit mimpi,aku juga mulai berpuasa sunat di hari Isnin dan Khamis,aku juga telah membaca Al-Quran selepas Solat Subuh,apakah taubatku akan diterima??

Marilah aku bawakan kepadamu tentang sebuah kisah yang terdapat di dalam sebuah hadith nabi yang mulia iaitu kisah taubat insan yang telah membunuh seratus manusia :

“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :

     Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa,maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh,lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)