Friday 28 March 2014

Kelebihan Perkataan MAAF...

Memohon maaf dan memaafi adalah perkara normal yang untuk kita lakukan. Namun ianya sangat sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Apabila kita mula menyedari akan kesilapan yang kita lakukan, cubalah untuk terus memohon kemaafan tanpa rasa takut dan malu. Amalan ini adalah sangat mulia dan dapat menenangkan hati kita dari keresahan. Hilangkan rasa dendam untuk memiliki jiwa yang tenang. Juatkan aemangat dan hati untuk memohon maaf agar segalanya menjadi lebih mudah. Banyak kelebihan yang kita dapat dengan hanya satu perkataan Maaf iaitu....

  • Membuat hati menjadi lebih tenang (maaf adalah penawar untuk ketenangan hati krerana ia mampu mengubah segalanya)
  • Wajah sentiasa gembira (membuatkan wajah sentiasa ceria dan tersenyum dengan kemaafan itu)
  • Hati yang bersih (dapat menghilangkan perasaan benci dan dendam dalam diri)
  • Menyembuhkan penyakit hati (dapat mengubati kesedihan dan kegusaran hati)
  • Doa dimakbulkan (doa orang yang memaafkan lebih mudah dimakbulkan)
  • Ikatan silaturahim (segala pertelingkahan akan terjalin kembali tanpa rasa benci dan dendam)
  • Menjadikan diri lebih sabar  (muhasabah diri dan sedar akan setiap kesilapan yang dilakukan)
Maka beruntunglah orang yang sentiasa memohon kemaafan dan orang yang memberi kemaafan.....